Saturday, May 23, 2009

Perhentian...

Pejam celik pejam celik da masuk hari ke 7 kat sini... Seronok sambil menikmati keindahan ciptaan yang ada dimuka bumi ini sambil menyibukkan diri di dapur... Biasanya kalau kat rumah jangan harap nak sentuh periuk belanga potong bawang mahupun mengupas kulit lobak ataupun kentang tapi memandangkan bantuan yang tak seberapa ini diperlukan makanya turun padang la juga walau ku tahu ini bukan bidang ku... Hmmm... Entah laaa nak cakap ni penuh tawa gembira tiada duka setiap ketika tak boleh juga sebabnya ada masa walaupun dikelilingi tawa gembira, hati ini masih terasa luka... Agaknya luka ini tak mungkin bisa sembuh sambai bila-bila... Nak kata tak gembira tak boleh juga kerana masih boleh bergelak ketawa sambil membuat kerja dengan suasana penuh ceria... Tak sempurna mungkin? Atau mungkin masih lagi tak memenuhi keinginan dihati dan juga kehendak yang masih terus ku cari... Atau mungkin kah Perhentian ini hanya ku jadikan alasan untuk tidak meredahi apa yang menghalangi... Di tangan ada dua pilihan tapi setiap pilihan meninggalkan kesan... Apa yang harus dilakukan... Kawan keramaian pasti mengatakan buatla apa sahaja asalkan baik tapi itu tak membantu penyelesaian kepada persoalan... Buntu mencari jalan kusut mencari jawapan... Tanya pada bintang dan bulan tak juga kutemui kesimpulan... Masih ada lagi 7 hari disini mencari erti mencari makna suatu realiti... Tak berhenti mencari...

Monday, May 11, 2009

Kecewa Lagi

Kenapa agaknya perlu ada kecewa dalam hidup kita? Entah la malas kadang-kadang nak terus dihanyut kecewa... Orang kata kalau tak ada kecewa macam mana kita nak hargai bahagia sebab kita akan rasa sama saja di setiap situasi kalau tak ada kecewa dalam hidup kita... Tapi kenapa agaknya tak bahagia tanpa derita... Ishhh... Tak boleh fikir begitu sebab kalau bahagia senantiasa bermakna syurga... Ni dunia bukan syurga jadi kena la terima dan banyakkan lagi kebaikan dimuka bumi ini... Tapi tak suka kecewa, tak suka derita... Tak suka tak suka tak suka... Satu lagi yang kita tak suka ialah janji palsu semata... Kenapa la orang suka sangat berjanji kalau rasa tak mampu untuk tepati... Pepatah berkata kalau lembu pegang pada tali, manusia pula berpegang pada janji tapi kenapa ini terjadi? Adakah manusia tiada hati? Bila kita berjanji orang akan mempunyai satu lagi jenis perasaan iaitu berharap... Tak kan la kita asyik nak nyanyi lagu Sheila On 7 "Aku berhenti berharap dan menunggu datang gelap...." sampaikan muncul pula satu lagi jenis perasaan iaitu muak mahupun jelak... Kecewa lagi sebab tak jadi naik keretapi :(

Friday, May 8, 2009

Keretapi Kalau Jadi...

Kawan-kawan yang budiman... Buat pengumuman semua saya akan berangkat ke Kelantan pada hari Selasa ini... Dengar bunyi seperti masih lama lagi tapi lebih baik beritahu lebih awal sebelum terlupa lalai tak sedar masa... Kelantan bukan seberang lautan pun tapi kira keluar la juga dari rumah ini, bilik ini... Hmmm perlu tenangkan diri ubati hati... Kenapa Kelantan menjadi sasaran dihati? Cerita dia sebenarnya dah lama tak balik Kelantan... Walau kampung di Kuantan dan Negeri Sembilan tetapi Kelantan dikira sebagai kampung ke 3 buat kami... Yang sedihnya, sejak arwah Tok Wan dan Tok Cik pergi tinggalkan bumi memang kita semua jarang lagi dapat jejak kaki kesitu... Rindu sangat... Rindu pada suasana... Rindu pada sampan nak menyeberang sungai ke seberang sungai tak pakai passport... Rindu pada pulut pauh... Rindu pada nasi berlauk... Rindu pada roti canai gula pagi-pagi... Sungguhpun tiada sesiapa yang istimewa untuk dirindui tapi perasaan masih tetap rindu... Rindu pada yang satu... Kawan-kawan jangan risau tak lama pun kesana tapi lepas Kelantan sambung terus ke Cameron Highland jadi harap maklum... Tak sabar rasa nak tukar cuaca... Tak sabar rasanya nak berkongsi cerita berbagi rasa dengan kawan-kawan semua... Macam mana lah gaya Cameron Highland sekarang berbanding dulu agaknya ya... Seronoknya nak jalan-jalan tanpa tujuan... Doakan ketibaan ya... Keberangkatan ke Kelantan kalau jadi mungkin menaiki keretapi...

Thursday, April 30, 2009

Penumpang Durjana

Cerita harini kan berkisahkan rasa yang bercampur udang masak tumis cili dengan kangkung belacan... Kalau korang nak tau ini bukan unit no rumah kediaman saya yang serba sederhana itu tapi ini unit no rumah jiran saya yang boleh dikatakan berlainan agama dan bangsa dengan saya... Geram dan panas sungguh rasa hati saya pada tuan pemilik unit no ini... Pada warga kota hari ini mereka semua menganggap isu ini semua remeh belaka sebab mereka lupa bahawasanya dunia ini milik kita semua yang tercipta dibumi yang serba lengkap ini jadi harus dikongsi bersama bukan dimonopoli sendiri... Nak monopoli kekayaan bumi boleh tapi kena tanggung akibatnya bila tak ikut apa kata hukum... Kalau rasa nak bayar 60++ juta boleh saja... Cerita dia jiran saya yang tarafnya adalah warganegara tetapi bukan sebangsa ini telah memarahi saya kerana memberi makan kepada kucing jalanan yang saya namakan Nia (nama sebenar niarap) he3... Ada ke patut? Tak berakal ke apa dia ni... Dia marah sebab dia kata haritu kucing tu korek sampah dan kesian tukang sapu sampah terpaksa bersihkan sampah yang dikotorinya... Terfikirkan oleh saya kerja tukang sapu sampah tu apa? Bukan bersih sampah ke? Saya bukan nak menghina sesiapa tetapi bukankah itu kerja dia? Tapi itu bukan bermakna saya ni macam orang lain yang tak bertamadun suka buang sampah merata walau ada tong sampah disediakan... Alasan mereka nanti tukang sapu sampah tak ada kerja, logik kah? ish ish ish... Kisah dia itu kucing kita manusia takkan nak samakan manusia dengan kucing kot... Hmmm... Kita ada otak takkan nak buang sampah macam kucing... Berbalik pada cerita tadi... Saya selama ini tak pernah ada masalah dengan warganegara penumpang berlainan bangsa ini walaupun kalau kita perasan memang golongan mereka saja yang banyak menguasai kekayaan ekonomi walau hakikatnya mereka asalnya sekadar penumpang sahaja...Nak buat macam mana kalau melayu sendiri lebih rela menjatuhkan melayu dan menolong keturunan penumpang... Saya dalam keadaan geram dan tak habis fikir kenapa warga kota tak ada otak... Selama ini saya kasi Nia makan dalam bekas makanan dia elok saja dia makan tak korek sampah pun... Kebetulan hari yang Nia korek sampah tu saya tiada di rumah selama 2hari jadi mungkin Nia kelaparan...Dalam kepala otak saya dia tak kasi makanan pada kucing tu dah tentu la kucing tu lapar dan akan makan apa yang tersisa... Bukan saya mintak duit pun pada mereka untuk beli makanan untuk Nia... Tengok orang gila sudah la kan... Bukan ke orang gila turut korek sampah? Jadi sama je dengan kucing... Kenapa berat sangat tangan ni nak berkongsi nikmat Allah? Sakit hati saya tak habis lagi ni...
Hari berganti hari... Ini gambar bekas makanan Nia... Ada ke patut saya telah dapati bekas biru ini berada dalam tong sampah... Ini boleh menimbulkan kemarahan... Marahnya... Kenapa tak ada perasaan kasihankan haiwan yang hanya ingin berkongsi kasih dengan kita... Geramnya...Di saat ini rasa nak jadi menteri kebajikan haiwan... Ada ke? ha3... Teringin nak membela nasib mereka yang terbiar tapi apakan daya... Hanya mampu tolong apa yang termampu... Cuba korang fikir balik mereka tu haiwan mana boleh cari duit macam kita sebab tu la kita kena melindungi mereka dengan berkongsi nikmat Allah dengan mereka... Susah sangat ke? Bukan suruh kasi semua pun... Berkira sungguh kita ni... Ish ish ish... Masih tak dapat mengungkap misteri pembuang bekas makanan kucing yang sungguh bedebah lagi durjana itu... Kejam sungguh manusia durjana itu... Kalau dapat tau memang tau la nasib dia saya kerjakan... Tak sangka berceloteh sampai malam... Malam tadi bulan terang... Nampak macam lampu kan tapi itu bulan penuh bukan cahaya lampu... Tapi sebenarnya bukan malam tadi tapi malam sebelum-sebelumnya... Nak masukkan gambar tu tapi diketika itu tak berhati untuk berkarya tak berhati untuk berkongsi cerita... Jadi masukkan je la dalam ruangan kali ini :) Agak-agak korang apa patut saya buat?






Monday, April 13, 2009

Mari Join Keramaian Di Fb

bagi sesiapa yg belum ada akaun tu bawa2 la buka he3

Thursday, April 9, 2009


Di suatu petang sedang hujan renyai-renyai, ku perhatikan sekeliling bangunan tempat ku berteduh dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa dalam kedinginan agak berkabus sedikit ala-ala di Genting... Laaaaa dah lama duduk sini baru terperasan ada pencacat pemandangan... Rasanya disini yang biasa dilihat bangunan tak berkayu... Paling-paling ada tumbuhan hijau yang melegakan mata menenangkan kedukaan... Aneh tapi nyata... Ingatkan cerita hantu dimana tiba-tiba hanya kita je dapat lihat, tapi belum malam lagi tatkala itu, jadi mustahil ia muncul tiba-tiba... Hmmm tak ku sangka ada juga sebentuk objek yang bisa mengingatkan ku kepada keindahan kampung ku... Sepatutnya tiada lagi objek serupa ini berdekatan sini rupa-rupanya baru ku sedar bahawa ku leka tanpa sedar keberadaan ia... Cacatkah pemandangan ini atau indahkah? Tiada siapa bisa berkata apa... Nak salahkan mereka kerana masih kekal teguh disini tapi kalau anda pengikut blog saya yang setia pasti anda tidak akan menyalahkan mana-mana pihak sebab siapa kita untuk menentukan salah atau benar...(tajuk blog salah siapa)... Sebenarnya saya saja je nak kongsi cerita saya disuatu kedinginan petang sebelum malam menjelang... He3

Thursday, March 26, 2009

Kemas Kini = Update














































































Dah lama tak menulis tapi kan tak banyak sangat pun benda untuk dikongsi bersama... Dari hari terakhir kontrak bekerja di Plaza Vads TTDI sampai lah bertukar angin ke Bangkok dan kemudian merayakan hari kelahiran adinda bongsu yang kecil sekali walau saiz badan dia tidak lah sekecil yang digambarkan... Apa yang dah berlaku? Macam mana boleh bertahan diri dari menyentuh alat komunikasi elektronik yang serba canggih ini? Jawapan dia adalah semua ini berpunca dari masa yang tak mengizinkan... Bila ada keinginan untuk menulis, tiada sambungan ke internet (al maklumlah mengharapkan belas jiran yang berhampiran)... Entah bila lah nak pasang talian sendiri dirumah... Harapan... Hmmm hari terakhir bekerja sangat seronok sebab terasa lepas dari satu beban... Seolah-olah keluar dari kesengsaraan pun ada juga... Tapi yang sedihnya terpaksa membawa haluan masing-masing setelah tamat kontrak ini... Tawaran untuk menyambung kontrak telah ditolak kerana mereka mahu diri ini terlibat dengan jual beli dimana tidak kena dengan jiwa... Tak sanggup dicaci maki diherdik apabila panggilan yang akan dibuat adalah salah satu panggilan promosi jualan... Memang tak sanggup... Kepada rakan-rakan terdekat pasti sudah tau yang saya juga telah memohon kerja untuk jawatan setiausaha... Berita baiknya adalah saya telah diterima... Tapi malangnya berita buruknya saya terpaksa menolak kerana pada Oktober atau September majikan saya akan ditempatkan di pejabat baru yang akan di rasmikan tak lama lagi yang terletak di Putrajaya.... Jauh kot... Tapi jawatan yang ditawarkan sangat lah menarik... Temuduga pertama dengan GM saja tapi tau-tau temuduga kedua dengan GM dan MD sekali... Kalau jawatan itu saya terima saya akan jadi setiausaha kepada Regional Director... Menarik bukan? Tapi malangnya terpaksa saya tolak atas dasar yang tak dapat dielakkan... Sedih tapi bukan rezeki... Untuk mengubat kelukaan hati saya telah pergi bercuti di Bangkok tapi tak lama cuma tiga hari saja... Seronok dan makanan dia sangat sedap... Tapi jangan cerita la kan pasal "ba alif ba ya" yang bergantungan sana sini... Naik sampan bermotor untuk keliling perkampungan dan menyaksikan jualan terapung oleh penduduk kampung... Nak kata kampung Bangkok tu bandar tapi kita dia ada kawasan macam setinggan lah dimana penduduknya bergerak dari titik A ke titik B menaiki sampan tak berenjin dalam erti kata lain kena kayuh sendiri... Tapi jangan ingat mereka ketinggalan sebab mereka ada telefon bimbit... Kemudian pergi berbelanja biasalah nama pun perempuan... Saya pergi ke pusat membeli belah fesyen dan mereka ada 1,500 kedai didalam... Bayangkan... Itu baru satu kompleks membeli-belah... Di sana ada lebih dari 3 yang saya dapat lihat berhampiran dengan kedai tersebut jadi kira lah sendiri betapa banyaknya kedai... Ramai betul penduduk tempatan yang datang ke situ... Kalau mereka berbelanja tak main sikit-sikit sebab disitu kira macam tempat borong jadi semua yang datang boleh beli bag khas bertroli yang boleh didorong kesana kemari kerana mempunyai roda... Pengalaman baru untuk saya... Malam harinya makan makanan laut... Makan nasi berlauk ikan,udang harimau dan sayur... Udang dia sedap dan besar... Lupa nak cerita mereka ada juga pasar malam seperti di Petaling Street tapi untuk menarik perhatian mereka ada pentas yang dikira besar untuk mengadakan konsert... Bayangkan berapa banyak belanja yang dikeluarkan sehari... Apa lagi yang saya belum cerita... Oh saya juga telah dibawa ke galeri batu permata... Rambang mata saya tengok... Sedih sebab masa dan dana kurang untuk perpanjang penginapan disitu... Saya akhirnya terpaksa akur untuk pulang... Bila dah balik pula sibuk dengan persediaan sambutan hari lahir adik... Syukur semua berjalan dengan lancar... Cuaca baik makanan sedap dan semua gembira kerana dapat hadir... Selesai saja upacara majlis tidur saya lena kerana kepenatan... Setelah sekian lama tak dapat menghubungkan diri dengan penulisan akhirnya berjaya beraksi semula... Terima kasih yang tak terhingga kepada rakan-rakan yang setia menanti karya simpulan nukilan hati... InsyaAllah lain kali saya tulis lagi sebab rasanya cukup sampai disini nukilan rasa dimalam hari... Salam manis buat semua...

It’s been ages since my last post but honestly there’s nothing much to say anyway... From the last day of my contract in Plaza Vads TTDI, up to changing the air to Bangkok and last but not least the celebration of my youngest sister’s birthday... The question would definitely be what’s happening to me? How can I stand not getting myself connected to this wonderful electronics device? The answer to it all is none other than a failure to get connection and also time consuming as well... My availability is depending on the network nearby so it’s unpredictable... I was thinking about having my own broadband or wireless connection but at this juncture, a lot of consideration need to be made before committing.... Well, talk about my last day of contract... It’s been a blast and as if like I can let go off my burden... Such a relief to be frank with you... However, the sad part of it was to stay departed from each other... Doesn’t feel the 3 months and felt like yesterday... Actually, I have a choice to still be with them but I would have to decline due to the offer itself... They offered me a sales marketers and I really don’t think that position suits me at all... I don’t think I could stand the curse from grumpy customers... A big No to it... Meanwhile I am sure that my fellow friends are aware that I’ve applied for a secretary position... Guess what? I got the job... Do not congratulate me as the bad news was I’ve already decline... They are launching a new office in Putrajaya somewhere around October or September so if I join onboard I need to consider moving there with my boss... Crazy! Too far for me... The thing that crashes my heart was the position offered was way better than I expected... I was interviewed by the GM on my first interview and fortunately I made it to the next one... I was interviewed by two bosses on my second one (GM and MD) at the same time... If I ever accepted the job I’ll be a secretary to Regional Director... How beautiful is that... Unfortunately, I have to decline due to the unforeseen matters... Sadly... Since I’m unemployed I’ve decided to go somewhere to ease the pain... Went to Bangkok for 3days... The food was divine and I had fun there... As we know they have a lot of pork hanging here and there but we just need to avoid the temptation since the good food there is always near to one another... Went on a boat ride and it was such a wonderful experience... I manage to experience the floating market and see how the villagers commute from point A to point B... Amazing... Even though we think that they are living behind time but don’t get me wrong because they have their own cell phone... Cool right? Aside from that, I went to Fashion Mall and the mall is huge... They have about 1,500 shops inside can you imagine that? That’s one mall; I saw another 3 aside from that around that area itself... They sell trolley bag there and it is very useful since they shop in bulk... I had seafood for dinner which includes fish, veggie and tiger prawn... Yummy... To make the place interesting, they also have huge stage where there are performances... Imagine how much money they spent for that... By the way, I forgot to tell you that the night bazaar is similar to Petaling Street but not exactly the same... You know what? They brought me to gems stone gallery and I was stunt by the beauty... God they are beautiful all of them... Wish I could stay longer but the sky is the limit so need to obey... Glad to be home... Few days after safely landed, I was busy with a birthday preparation... Phew! Feel so much better when everything went well according to plan... The food was lovely and the weather was good... All in all it was a successful event... Now I know I can sleep properly since I have nothing to worry about... I would like to grab this opportunity to share across my never ending thanks to my faithful viewers for their patience in waiting for my long due writing and you are much appreciated and anticipated... If God permit, there will be more to come... Warmest regards to all of you...