Thursday, December 10, 2009

Masih Lama...

Imej 1.
Bila tengok borang ini mungkin kita tengok borang ini tak ada apa yang luar biasanya sebab wujudnya borang ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah hasil pencetakan di atas sehelai kertas yang sama sahaja tak ada bezanya... Tapi, bukan kertas ini... Bukan borang ini... Tulisannya telah membuat hati saya ketawa bukan sebab salah eja mahupun kesilapan tatabahasa tapi sebab ada unsur lama... Lama tak mati disini rupanya... Saya mula tersenyum sendiri macam baru baca sms dari kekasih hati... Mungkin yang mencetaknya masih mendambakan yang lama :) Lama akan selalu ada...
Imej 2.
Perhatikan gambar ini. Apa yang dapat anda lihat pada gambar ini? He3 rasa macam tengah jadi cikgu yang sedang mengajukan soalan kepada anak muridnya agar mereka mula belajar mengarang melalui gambar pula... Boleh saja anda katakan anda lihat perhiasan meja, topi polis dalam kaca, basikal dalam kaca mahupun koleksi kereta percuma idaman si teruna :) Tapi hiasan ini bukanlah hiasan semata, kerana hiasan ini mempunyai kenangan suka duka seorang bapa kepada keluarga... Terharu setiap kali melihatnya sebab sebagai anak, saya merasa bangga, sebagai anak saya berkongsi gelak ketawa dan sebagai anak, saya menjadi saksi segala perih dan duka... Bagi anda mungkin tak memberi apa makna sebab bapa saya bukan bapa anda :) Itu tak apa...

Imej 3.
Apakah objek ini? Tahu tak benda ini masih berfungsi? Tahukah kamu dia seolah-olah masih muda lagi hayatnya? Kadang-kadang kita terlupa kehadiran dan keberadaan dia disini sampaikan tergamak mencampakkan dia bila rasa khidmat dia tak diperlukan lagi... Lupakah kita barang lama juga ada rasa bila kita suka-suka saja habis madu sepah dibuang... Ehhh tak buang lagi tapi disimpan untuk tontonan seolah tak pernah ada perasaan... Mujur kalau dipertontonkan... Cuba kalau dicampakkan didalam timbunan, lagilah kasihan... Dulu waktu ada dia dan ada "hanya dia", dia lah intan dia lah payung tapi kenapa kini tidak lagi begitu hanya kerana dia tak lagi nampak segak kerana dia telah dibandingkan dengan si putih yang baru yang lampunya bisa menyala tatkala suis dibuka... Samalah macam rumah tangga... Tak mahu komen lebih sebab belum merasainya sendiri... Tak nak nanti orang kata saya ni tau cakap sahaja tapi bukan pernahpun merasa... Saya tak suka nak bercerita kalau bukan saya yang melaluinya...

Imej 4.
Bakul ini klasik tahu! Bakul bukan sebarang bakul, bakul ada sejarah tembakul :) Kalau nak tahu bakul ini wujud dari zaman tahun 1992 atau 1993 lagi tapi mohon maaf saya bukan cikgu sejarah jadi saya agak lupa dan kurang tahu ketepatan usianya he3... Yang pentingnya dia wujud pada zaman saya memakai seragam sekolah... Sekolah bukan sekolah menengah tetapi sekolah itu sekolah rendah... Lama tu... Bila fikir-fikir balik, saya kira saya telah membuangnya kerana dia tak lagi "glamour", dia tak lagi nampak "trendy" tatkala itu, tapi mata mula berkaca apabila melihatnya masih disini mengajar saya makna yang begitu berharga... Dengan dia lah saya kesekolah... Kerana dia lah saya tak pernah dibiarkan kelaparan... Saya sentiasa berbekalkan makanan sekiranya duit yang dibekalkan tidak mencukupi sebab saya memang kuat makan... Dia mengajar saya untuk kembali berpijak dibumi yang nyata sungguhpun saya telah melangkah jauh dalam kerakusan mengejar dunia yang akan ada titiknya... Terima kasih bakul... Anda sangat berjasa dan saya sangat sayang anda bakul... Tapi bakul ini bukan lagi milik saya sebab dia dah jadi milik ibu saya... Itulah orang selalu kata kalau kita banyak jasa, kalau kita sentiasa ikhlas dalam bekerja nescaya cepat atau lambat orang akan hargai ketulusan kita... Saya bangga dengan bakul ini sebab saya tahu dia dihargai sehinggakan hari ini walaupun sesungguhnya yang menghargainya bukanlah saya :( Maafkan saya bakul... Ruangan saya kali ini hanyalah bertujuan untuk mengajak kita semua untuk kembali berpijak dimuka bumi yang nyata ini... Jangan terlalu riak dengan kesenangan yang diberi, jangan pula terlalu lupa dari mana asal usul kita... Teruslah bermimpi kerana tanpa mimpi tak ada motivasi untuk diri dalam mengecapi tapi janganlah sampai jadi kacang lupakan kulit kerana bila dah terjadi tak guna disesali :) Rupanya perjalanan saya masih lama...

Thursday, November 5, 2009

Bila Tiga Rasa Bersua...

Kalau cuma satu rasa berkata-kata maka tak seronoklah nak dijadikan cerita... Kalau cuma dua rasa berkata-kata mungkin lain pula yang jadinya... Tapi bila tiga rasa mula bercerita terasa lega tidur pun lena... Tiga rasa bersua muka tanpa mengira siapa mereka sebelumnya... Tiga rasa berjumpa bercerita tanpa merosakkan mereka yang seterusnya... Moga tiga rasa terus berjuang menentang sekarang yang penuh terlarang...

Thursday, October 29, 2009

Tolonglah mata...

Macam mana nak kata kalau selalu (! ! !) Macam mana nak buat kalau asyik (? ? ?) Macam mana pula kalau cerita sampai hujungnya (, , ,) Macam-macam lah kamu ini... Masalahnya semakin lama semakin banyak (;;;) Isi karangan cerita tak membantu kalau berterusan menggunakan (/ / /) Kalau banyak sangat (- - -) jawabnya takda pula jalan cerita... Aduh... Bingung dan tak tau nak buat macam mana... Cuba kira berapa kali macam yang wujud dalam kata penaja kali ini... (" " ") Hmmm... Tolonglah... Perbetulkan semuanya wahai mata...

Tuesday, October 27, 2009

baru...

Baru-baru ini ada pergi ke Actor Studio di bumbung Lot 10... Cerita berkisahkan baru... Tempat serba baru... Penonton ramai yang baru... Mencari sesuatu yang baru... Mengadaptasi yang lama menjadi baru... Baru... Baru... Baru... Macam sekarang ini, nak cari gaun baru untuk pesta bertopeng tak lama lagi... Masih mencari kilauan samar penutup muka... Aduh, semua mau yang baru... Macam penipu bersiri rumah tangga yang harus digeruni yang mahukan penghuni baru... Haru... Perlu kerja baru... Perlu perubahan baru... Perlu ide yang baru... Perlu kehidupan baru... Baru itu perlu... Bukan menentang yang lama, bukan melupakan yang lama, bukan buang yang lama dan bukan juga benci yang lama... Adakala baru itu bikin sendu... Baru itu mendatangkan pilu... Baru itu penunjuk maju... Baru itu petanda kita semakin tahu... Semakin tahu semakin seram pada baru... Banyak kes-kes baru... Banyak penindasan baru... Banyak ketidaksamaan baru berlaku... Banyak sangat benda baru yang jadikan kehidupan tak menentu... Lupakan yang lama carilah yang baru... Senang sahaja mereka berkata... Sesedap mulut saja mereka berbicara... Cari yang baru bukan seperti tukar baju... Baru perlu kekuatan jitu... Baru penentu buntu atau maju... Fokus yang baru dan niat yang baru harus bersatu... Bersatu walaupun kalah berkali-kali seperti Liverpool FC kerana kami tak kan berjalan sendirian kerana menang adalah kami yang baru... Ha3... Laungkanlah baru... Sebenarnya perlu tukar waktu tidur baru... Sebenarnya perlu mula menerima yang baru... Sebenarnya belum tidur lagi bukanlah sesuatu yang baru...

Sunday, October 18, 2009

hari tanpa matahari...

semakin merudum tak mungkin tersenyum... semakin gelap tak mungkin terucap... semakin berangin tak mungkin tersaing... semakin suram tak mungkin terpendam... semakin tak teringin mungkin tak bisa diteruskan...

Friday, June 5, 2009

Musim Mengawan...

Hmmm ramai betul kita dengar bobek bobek sana sini nak adakan jamuan meraikan penyatuan dua insan... Saya, jangan ditanya bila dan siapa kerana buat masa ini jawapannya tiada dalam senarai... Kalau nak dikatakan muda umur dah makin meningkat usia tapi rasanya semua tu dah tak lagi diambil kira macam zaman nenek-nenek kita... Keinginan pasti ada tapi belum sampai masa... Apabila difikirkan oleh pemikiran logik memang tak kan nak tunggu sampai gigi tinggal dua... Kena akur dengan ketentuan :) Tapi tak sedih pun sebab mungkin perjalanan ini masih panjang... Mungkin banyak lagi kebaikan yang harus diselesaikan sebelum perjuangan ini sampai ke penghabisan... Kalau menurut hati kecil mungkin tak kan ada penghabisan selagi masih ada hembusan... Mungkin juga banyak lagi cacat cela yang harus dikikis terus dari lena dalam jaga... Ada 3 majlis yang harus dihadiri tapi mungkin dapat meraikan 2 saja... Kebetulan 2 majlis tu di negeri yang sama... Kalau ada kuasa ghaib boleh jadi macam Doraemon ada pintu sesuka hati pasti saya mahu hadiri kesemuanya yang ada... Tak sabar rasanya nak jejak kaki ke Kuantan setelah beberapa purnama lamanya telah berlalu (tipu)... Walau macam mana indahnya Pulau Perhentian dan walau seberapa majunya Kuala Lumpur yang telah beberapa tahun kudiami tapi Kuantan tetap dihati... Dulu, kini dan selamanya tak kira la apapun yang terjadi... Seronoknya kawan-kawan sudah naik satu lagi tangga menuju kealam kekeluargaan... Tahniah kawan-kawan... Gembira untuk kalian....

Saturday, May 23, 2009

Perhentian...

Pejam celik pejam celik da masuk hari ke 7 kat sini... Seronok sambil menikmati keindahan ciptaan yang ada dimuka bumi ini sambil menyibukkan diri di dapur... Biasanya kalau kat rumah jangan harap nak sentuh periuk belanga potong bawang mahupun mengupas kulit lobak ataupun kentang tapi memandangkan bantuan yang tak seberapa ini diperlukan makanya turun padang la juga walau ku tahu ini bukan bidang ku... Hmmm... Entah laaa nak cakap ni penuh tawa gembira tiada duka setiap ketika tak boleh juga sebabnya ada masa walaupun dikelilingi tawa gembira, hati ini masih terasa luka... Agaknya luka ini tak mungkin bisa sembuh sambai bila-bila... Nak kata tak gembira tak boleh juga kerana masih boleh bergelak ketawa sambil membuat kerja dengan suasana penuh ceria... Tak sempurna mungkin? Atau mungkin masih lagi tak memenuhi keinginan dihati dan juga kehendak yang masih terus ku cari... Atau mungkin kah Perhentian ini hanya ku jadikan alasan untuk tidak meredahi apa yang menghalangi... Di tangan ada dua pilihan tapi setiap pilihan meninggalkan kesan... Apa yang harus dilakukan... Kawan keramaian pasti mengatakan buatla apa sahaja asalkan baik tapi itu tak membantu penyelesaian kepada persoalan... Buntu mencari jalan kusut mencari jawapan... Tanya pada bintang dan bulan tak juga kutemui kesimpulan... Masih ada lagi 7 hari disini mencari erti mencari makna suatu realiti... Tak berhenti mencari...