Monday, October 27, 2014

Merah...

Disangka mati tapi hakikatnya masih bernyawa...

Dikira bernyawa tapi nadi seolah terhenti...

Dikira berdarah tak ada setitispun meleleh mahupun tumpah...

Yang pasti, darah itu merah... 

Merah itu boleh jadi parah tetapi boleh juga jadi penawar mati...

 

Kadang tertanyakan oleh akal dimana logiknya keberadaan merah...

Logik bakal bertanya kenapa merah? Kenapa bukan hijau, kenapa bukan putih?

Putih itu bersih, manakala hijau itu alami... 

Tapi keduanya tak mungkin ku jadikan satu...

Keduanya ku perlu tapi tak mungkin melekap padaku... 

Merah pula bagaimana? 

Hmmm... Merah itu berbeza... Merah itu sentiasa ada... 

Merah itu hadir tanpa dipinta...

 

Yang jelas nyatanya, setiap titisan darah yang mengalir dalam tubuhku itu adalah merah...

Bukan hijau... Bukan putih... 

Setiap kekuatan yang ada tiap kali aku mengharungi segala bentuk peperangan

itu, sesungguhnya adalah merah... 

Kerana merah itu bukan sekadar megah, tapi merah itu gagah...

Merah itu terus bersemarak seumpama api yang tak ada belas simpati...

Seperti gunung berapi yang sedang meledak tanpa perlu tersedak...

 

Merah bukan sekadar darah yang tak pernah berhenti mengalir tetapi

merupakan setiap keberanian yang mampu terfikirkan... 

Terkadang perasaan tak mampu merasakan kerana terselindungi oleh kaburnya sang hati

kerana dikira mati, akan tetapi hakikatnya ia tetap kukuh bersemadi...

Ia tetap terus bertarung nyawa dengan setiap detakan jantungnya...

Ia tetap terus bertahan dengan setiap hembusan nafasnya... 

Dan setiap nafasnya itu dinamakan cinta... Cinta yang terkadang perih untuk diakui mahupun dirasai

tetapi perasaan itu lah penyebab nadi tak sanggup untuk berhenti disaat ini...

Sekurang-kurangnya buat masa ini... Hati tak mungkin menipu tapi fikiran mampu lakukan itu...

 

Tutupkan mata besar itu... Helakan nafas yang tersekat itu...

Leraikan segala kekusutan itu...

Tapi mampukah untuk berbuat begitu?

Nadi berkata ia tak tahu sampai bila mampu bertahan begini...

Nadi tak tahu setinggi mana lagi gunung yang perlu didaki...

Nadi juga tak tahu kalau nadi mampu kekal muda terus dihati merah...

Nadi tak yakin kalau nadi akan terus beri erti kebahagiaan buat merah...

Tapi, nadi hanya mampu untuk cuba tidak mengalah sampai disini...

Nadi akan terus berjuang untuk sang Merah yang selama ini dinanti...

Nadi akan cuba berikan seluruh kegembiraan untuk dikongsi bersama...

Kerana nadi itu biru... Dan biru itu aku... 

Dan aku tak kan biarkan biru itu berlalu tanpa merah ada sebagai pendampingku...

 

Semoga saja merah dan biru ditakdirkan bersatu...