Thursday, August 6, 2020

Begitu begini...


Srikanda...

Minda tak keruan dek kerana panahan runsing...
Hati berhenti merasa lantaran perasaan yang tertahan...
Benci bermaharajalela akibat amarah yang kian meronta...
Sendu terus membelenggu seraya mencipta sebuah lagu...

Mengapa nak dihidupkan api walau tahu kesannya nanti...
SEKSA...
Kenapa nak diacukan pisau walau tahu akibatnya...
MATI...

Pulut biarlah dipanggang enak sahaja, kenapa pula nak binasakan santan...
Mulut biarlah untuk berkata baik sahaja, tak perlu lah nak mengata sini sana...
Kegembiraan yang diraih itu, bukan datang dengan secebis paksaan...
Keberadaan itu wujud, bukan lah atas hasutan mahupun desakan godaan jiwa...

Kenapa hasad ingin dijamah sedangkan tiap keindahan boleh dinikmati bersama...
Mengapa nak dibuka mulut yang busuk itu kalau niat bukan untuk membinasa...
Terasa gelap lampu kamar itu walaupun tidak ditutup...
Terasa kurang bermaya lantaran tohmahans dan cacian hinaan...

Sudah terang lagi bersuluh namun terang entah hilang kemana... Cahaya itu tetap ada dan terus bersinar namun gelap kian terasa...

-SrikandiLelah-