Tuesday, December 29, 2020

Demi Masa...


Masa tu kan... 

Rambut langsung tak cecah paras bahu...

Masa tu kan...

Aku baru lepas dapat VSS tanpa rasa segan silu...

Masa tu kan... 

Aku ke Aussie untuk lari dari semak buntu...

Masa tu kan...

Aku tak tau pun aku akan mengajar di Korea untuk cari nafas baru...

Masa tu kan...

Aku tak sangka aku akan hilang 3 org tersayang waktu aku masih kat situ...

Masa tu kan...

Aku pulang ke tanah air tanpa rancang hala tuju...

Masa tu kan...

Aku tak tahu aku akan menganggur 2 tahun keja sana sini tak menentu...

Masa tu kan...

Aku tak tahu aku akan hilang sesuatu yang aku tak jangka akan berlaku...

Masa tu kan...

Hmmmmm... 


Demi masa itu sesungguhnya aku selalu lalai abaikan yang satu...

Demi masa itu aku asyik fikir masa itu, masa ini, sampai aku lupa masa semalam tak mungkin aku boleh tekan butang “undo”... 

Demi masa itu aku tak perasan yang kita dah nak masuk tahun baru...

Demi masa itu aku baru tahu yang walau kita tak boleh tekan butang “undo” tapi kita boleh tekan butang “redo” tanpa perlu ada rasa ragu...

Demi masa itu aku nak belajar berhenti kenang masa lalu tapi nak buka buku baru...


Sempena nak masuk tahun baru, aku doakan kalian semua diperkenankan setiap permintaan yang kalian anggap hanya mimpi yang tak mungkin akan berlaku, dan moga kalian semua diberi kekuatan untuk mula bina azam baru... 


Tahun baru, azam baru, nafas baru tanpa lupa yang maha satu! May Allah grant us highest level of strength and may Allah bless all of you in everything that you do!