Tuesday, February 17, 2009

Bila Mr Gades Mau Menjadi...

Hmmm susah nak cakap macam mana... Kadang kala kita ingat mereka akan lebih memahami kita sebab mereka sama macam kita tapi sebenarnya tidak juga... Ada sesetengah benda yang memang hanya mereka yang tau bagaimana cara melayan kita tapi tak semua... Nak tak nak mereka macam kita juga jadi tak banyak yang boleh mereka lakukan... Dunia dunia kenapa ada perbezaan mereka dan kita dan mengapa perlu ada perbezaan yang kuat dan yang lemah... Kenapa tak dijadikan sama rata... Tapi memang di dunia tiada istilah sama rata tiada istilah hak saksama... Kata kononnya boleh saja hak bersuara sama rata tapi benarkah??? Sejauh mana kebebasan bersuara itu diberikan tapi masih sahaja ada sekatan di jalanan... Hak saksama kah itu? Tak kot... Hmmm tu la kan kalau kita diberi kebebasan untuk berbuat semua tanpa sekatan dan larangan tak tau pula apa akan berlaku dalam kehidupan... Tiada lanjutan komen...

4 comments:

Dari Jalan Kopi said...

ini perangai gedebe. gedebe selalu melakukan perkara dan marhaen sebagai pengikutnya. samada ada ianya perkara betul atau salah adalah soal yg lain. gedebe harus diikut.

kebebasan dan hak samarata tidak akan berlaku. ini dunia kapitalis yg menganut ajaran kapitalisme. tiada samarata. yg kaya bertambah kaya yg miskin papa kedana.

hak bersuara wajib dinafikan. jika hak bersuara diberi ruang dan peluang pasti daulah, pemerintah, majikan akan cepat lingkup olih kuasa bawahan.

buatlah apa sahaja asalkan baik.

John Leh said...

Gedebe bolih bersuara.
Yang tak berapa gedebe pun bolih bersuara.
Yang tak gedebe langsung pun bolih jugak bersuara. Tapi kena sound dengan yang bapak gedebe. Ini sistem kolot. sistem bodoh dan sistem ikut telunjuk. Bila gedebe cakap aah yang tak gedebe kena ikut cakap aah. Bila gedebe cakap uuhh yang tak gedebe ikut cakap uhh.

Ini dah macam dikir barat.

Hanggokan said...

gedebe sungguh mu nih pok leh, darijalankopi...
kahkahkah!

~aku yang hanya mampu ternganga membaca post ini~

raisadora said...

;p seronok kembali beraksi... boleh berhenti dari terus berhalusinasi... gedebe gedebe...