Thursday, April 9, 2009


Di suatu petang sedang hujan renyai-renyai, ku perhatikan sekeliling bangunan tempat ku berteduh dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa dalam kedinginan agak berkabus sedikit ala-ala di Genting... Laaaaa dah lama duduk sini baru terperasan ada pencacat pemandangan... Rasanya disini yang biasa dilihat bangunan tak berkayu... Paling-paling ada tumbuhan hijau yang melegakan mata menenangkan kedukaan... Aneh tapi nyata... Ingatkan cerita hantu dimana tiba-tiba hanya kita je dapat lihat, tapi belum malam lagi tatkala itu, jadi mustahil ia muncul tiba-tiba... Hmmm tak ku sangka ada juga sebentuk objek yang bisa mengingatkan ku kepada keindahan kampung ku... Sepatutnya tiada lagi objek serupa ini berdekatan sini rupa-rupanya baru ku sedar bahawa ku leka tanpa sedar keberadaan ia... Cacatkah pemandangan ini atau indahkah? Tiada siapa bisa berkata apa... Nak salahkan mereka kerana masih kekal teguh disini tapi kalau anda pengikut blog saya yang setia pasti anda tidak akan menyalahkan mana-mana pihak sebab siapa kita untuk menentukan salah atau benar...(tajuk blog salah siapa)... Sebenarnya saya saja je nak kongsi cerita saya disuatu kedinginan petang sebelum malam menjelang... He3

3 comments:

Hanggokan said...

hehehe...
tiada yang salah hanya kepentingan menjadi kesalahan dalam kes ini.
~kes ditutup!~

Dari Jalan Kopi said...

mereka sebagai anak semua bangsa juga wajib dibela.
mereka sebagai anak semua bangsa juga wajib dibantu.

John Leh said...

Ni gua agak-agak macam tau kat mana.
Jom Pha Chu Cheng?!