Tuesday, October 27, 2009

baru...

Baru-baru ini ada pergi ke Actor Studio di bumbung Lot 10... Cerita berkisahkan baru... Tempat serba baru... Penonton ramai yang baru... Mencari sesuatu yang baru... Mengadaptasi yang lama menjadi baru... Baru... Baru... Baru... Macam sekarang ini, nak cari gaun baru untuk pesta bertopeng tak lama lagi... Masih mencari kilauan samar penutup muka... Aduh, semua mau yang baru... Macam penipu bersiri rumah tangga yang harus digeruni yang mahukan penghuni baru... Haru... Perlu kerja baru... Perlu perubahan baru... Perlu ide yang baru... Perlu kehidupan baru... Baru itu perlu... Bukan menentang yang lama, bukan melupakan yang lama, bukan buang yang lama dan bukan juga benci yang lama... Adakala baru itu bikin sendu... Baru itu mendatangkan pilu... Baru itu penunjuk maju... Baru itu petanda kita semakin tahu... Semakin tahu semakin seram pada baru... Banyak kes-kes baru... Banyak penindasan baru... Banyak ketidaksamaan baru berlaku... Banyak sangat benda baru yang jadikan kehidupan tak menentu... Lupakan yang lama carilah yang baru... Senang sahaja mereka berkata... Sesedap mulut saja mereka berbicara... Cari yang baru bukan seperti tukar baju... Baru perlu kekuatan jitu... Baru penentu buntu atau maju... Fokus yang baru dan niat yang baru harus bersatu... Bersatu walaupun kalah berkali-kali seperti Liverpool FC kerana kami tak kan berjalan sendirian kerana menang adalah kami yang baru... Ha3... Laungkanlah baru... Sebenarnya perlu tukar waktu tidur baru... Sebenarnya perlu mula menerima yang baru... Sebenarnya belum tidur lagi bukanlah sesuatu yang baru...

3 comments:

Hanggokan said...

huhuhu...
"Bersatu walaupun kalah berkali-kali seperti Liverpool FC kerana kami tak kan berjalan sendirian kerana menang adalah kami yang baru..." - ayat membunoh.
lame betul nak dapat posting baru dari anda.

raisadora said...

Did -> ha3 jgn kecewa kerana da lama kami tunggu saat ini... kalah menang adat pertandingan yang penting semangat bersatu dan setia pd yg satu :) Lama nak tunggu tapi berbaloi tak menunggu?

Dari Jalan Kopi said...

cherita liverpool ni nak bakar garesan.

kahkahkah. selamat berbaru. padan muka MU