Wednesday, February 24, 2010

Buat Adiratna Yang Murung...


Sedih sangat rasa bila ingat balik kisah penyu terdampar ni rasa macam nak kasi penampar je dekat orang yang main kasar... Memang ini bukan kerja si badai... Yakin ini bukan kerja si jerung bingai... Bagai ombak purus... Hmmm... Memang la penyu ni bukan ahli keluarga saya pun tapi saya masih punya rasa kasihan pada sesama walau penyu bukan la spesies manusia... Kenapa tiba-tiba terasa sama je macam nasib penyu yang malang ni... Tak mampu nak menunggu lalu terus layu seperti hari dengan lagu sendu pilu...

Bosan la asyik cerita sedih je bila baca blog ni... Cukup... Cuba la variasi sikit... Abis tu cerita sedih je kepakaran saya nak buat macam mana... Haih... Jangan la berkata bak alu pencungkil duri wahai Adiratnaku... Sedangkan si kudung mampu menulis inikan pula kamu yang cukup sifat akalnya... Jangan pandang rendah pada diri... Meskipun tiada yang sudi mendengarkan tapi itu bukan tujuan keberadaan kamu disini... Curahkan saja isi hatimu wahai Adiratna yang bisa berkata... Suatu saat nanti pasti bisa mekar tak layu dan terdampar bak penyu tersadai dek badai...

Lihat pada sudut positif mungkin ini jalan terbaik buat diri agar tak perlu lagi merayu tak perlu lagi menyanyikan lagu rindu... Dengan itu mungkin hujan yang membasahi tingkapku tadi berhenti dan membuka ruang untuk tingkap kamarku dibuka lagi untuk hirupan angin yang mendamaikan dan bersih dari segala kejijikan kotoran... Terasa tenang mampu bersenang :) Moga saja pemergian si penyu mendapat restu... Tetaplah bersatu Adiratnaku bantu diriku meredahi liku-liku... Dengan penyatuan ini kita pasti mampu terus melangkah berbatu walau tanpa keberadaan si Adipati yang masih gagah berdiri hingga ke hari ini... Teruslah tersenyum Adiratna yang murung kerana kisah kita tak mungkin berakhir dengan epilog duka... Harus percaya itu :)




Thursday, February 11, 2010

Silau...

Kelakar... Perasaan macam tak la pelawak jenaka atau sentiasa buat orang ketawa... Perasaan tak ada pula sentiasa menggembirakan setiap yang mendengarkan... Suka akan coretan pun belum tentu... Apa yang boleh dilakukan... Hmmm... Waktu atau tempoh yang diberikan cuma sampai akhir minggu sahaja sebab Isnin dah kena sampaikan untuk penilaian... Kalau cerita romantik atau sedih mahupun dramatik mungkin mampu dilaksanakan tapi genre yang dikehendaki cuma sitkom, plot ataupun apa ya dah lupa... Aduh boleh jadi bingung macam ini... (-_-)" Tawaran yang diberikan agak menarik tapi otak lagi tepu dan tak bernafsu untuk buat aksi begini... Keghairahan tatkala ini hanya untuk memperbaiki segala kelemahan diri... Gawat... Kalau tak cuba sekarang mungkin tak akan ada lagi tawaran yang akan datang bedebuk entah dari mana arahnya... Lagi satu dilema yang sedang resah sampai basah adalah sama ada mahu diketengahkan dalam setiap langkah ataupun sekadar beraksi dibelakang tabir semata... Tapi mampukah bercerita sebegitu rupa sedangkan tak pernah terlintas untuk menjadi Ratu Lawak mahupun pencerita komedi... Jalan cerita dalam blog ni pun majoriti cerita sedih ala-ala telenovela... Tipu la kan sebab telenovela ada sambungannya... Abaikan... Tapi, kalau tak berani cuba sekarang walaupun tak berkelayakan, macam mana orang nak percaya bahawa diri ini mampu untuk menyampaikan skrip telenovela yang kuat dan tak membosankan yang mana mampu mengetengahkan suatu kelainan? Cuba tak ya? Tak mahu memperbodohkan diri sendiri macam pelawak tak jadi... Tak tau pula sanggup atau tidak untuk terima bila mana karya peribadi dibuang macam kain buruk busuk yang tak memberi apa-apa makna... Mereka mahukan kelainan sebab kebanyakan lawak yang disiarkan sekarang rata-rata memuakkan sebab kadang-kala bila kita disuap terlampau banyak makanya jadi berlebihan dan memualkan seraya memuakkan... Kalau ada otak macam Afdlin sikit ke takpa juga ni tak... Mengeluh... Aduh... Jangan mengeluh la tak baik... Kalau nak buat, cuba buat yang terbaik... Kalau rasa tak nak buat tu, lupakan saja dan belajar lucutkan semua dari ingatan... Mengeluh bukan dapat apa pun lainla kalau berpeluh, dapat juga tingkatkan stamina untuk lebih sensasi beraksi... Sedang cuba berlatih bersenam bila muncul tengah malam hari ;p Siang hari ramai orang maka tak tenang jadi sememangnya malam juga yang jadi pilihan hati... Mudah-mudahan misi berjaya... Harapan setinggi matahari tapi takut saja silau di tengah hari... :)