Thursday, February 11, 2010
Silau...
Kelakar... Perasaan macam tak la pelawak jenaka atau sentiasa buat orang ketawa... Perasaan tak ada pula sentiasa menggembirakan setiap yang mendengarkan... Suka akan coretan pun belum tentu... Apa yang boleh dilakukan... Hmmm... Waktu atau tempoh yang diberikan cuma sampai akhir minggu sahaja sebab Isnin dah kena sampaikan untuk penilaian... Kalau cerita romantik atau sedih mahupun dramatik mungkin mampu dilaksanakan tapi genre yang dikehendaki cuma sitkom, plot ataupun apa ya dah lupa... Aduh boleh jadi bingung macam ini... (-_-)" Tawaran yang diberikan agak menarik tapi otak lagi tepu dan tak bernafsu untuk buat aksi begini... Keghairahan tatkala ini hanya untuk memperbaiki segala kelemahan diri... Gawat... Kalau tak cuba sekarang mungkin tak akan ada lagi tawaran yang akan datang bedebuk entah dari mana arahnya... Lagi satu dilema yang sedang resah sampai basah adalah sama ada mahu diketengahkan dalam setiap langkah ataupun sekadar beraksi dibelakang tabir semata... Tapi mampukah bercerita sebegitu rupa sedangkan tak pernah terlintas untuk menjadi Ratu Lawak mahupun pencerita komedi... Jalan cerita dalam blog ni pun majoriti cerita sedih ala-ala telenovela... Tipu la kan sebab telenovela ada sambungannya... Abaikan... Tapi, kalau tak berani cuba sekarang walaupun tak berkelayakan, macam mana orang nak percaya bahawa diri ini mampu untuk menyampaikan skrip telenovela yang kuat dan tak membosankan yang mana mampu mengetengahkan suatu kelainan? Cuba tak ya? Tak mahu memperbodohkan diri sendiri macam pelawak tak jadi... Tak tau pula sanggup atau tidak untuk terima bila mana karya peribadi dibuang macam kain buruk busuk yang tak memberi apa-apa makna... Mereka mahukan kelainan sebab kebanyakan lawak yang disiarkan sekarang rata-rata memuakkan sebab kadang-kala bila kita disuap terlampau banyak makanya jadi berlebihan dan memualkan seraya memuakkan... Kalau ada otak macam Afdlin sikit ke takpa juga ni tak... Mengeluh... Aduh... Jangan mengeluh la tak baik... Kalau nak buat, cuba buat yang terbaik... Kalau rasa tak nak buat tu, lupakan saja dan belajar lucutkan semua dari ingatan... Mengeluh bukan dapat apa pun lainla kalau berpeluh, dapat juga tingkatkan stamina untuk lebih sensasi beraksi... Sedang cuba berlatih bersenam bila muncul tengah malam hari ;p Siang hari ramai orang maka tak tenang jadi sememangnya malam juga yang jadi pilihan hati... Mudah-mudahan misi berjaya... Harapan setinggi matahari tapi takut saja silau di tengah hari... :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
ooo...ada misi!
usahakan sampai jadi!
Did-> misi sms kamu pasal hot air balloon apa ce? mudah2an jadi misi spt padi yg berisi...
Wah!
Aku tak paham --
Macamana ni?
Tq
Post a Comment