Terbiar tanpa sekumit budi bicara...
Terdampar tanpa sedetik perhatian terduga...
Terdiam tanpa sebarang nota berita...
Terlena tanpa rela merebahkan rasa...
Terlerai tanpa terkira juraian air mata...
Tak berselera semua kerana tersiksa...
Kiranya perasaan itu tiada...
Andai kesedihan tidak dirasa...
Kalaulah keberadaan kian ada noktahnya...
Setidak-tidaknya pasti pahit tidak menyapa...
Ambil masa untuk dilupa...
Sesak dada untuk meleka...
Tak termaafkan selagi bernyawa...
Kenapa tak mati saja dia...
Lebih mudah untuk dikira...
Pasti wujud keampunan atas segala khilafnya...
Kerana nila setitik rosak susu sebelanga...
6 comments:
Selamat Makan Ubat.
Tq
ha3 terima kasih...
hidup ini mcm layang layang
kalau tidak kerana angin yang kuat
ia tidak terbang tinggi.
hidup mmg bagini
jika tidak kerana hati hancur luluh
kecewa dan siksa
takkanlah jiwa menjadi kebal.
selamat mencari penawar.
ketawa penawar sementara.
sahabat penyumbang ketawa.
carilah sahabat, carilah penawar.
DJK-> amin da lama terkena racun tp nasib bukan racun membunuh kalau tidak da lama xmampu bercerita tentang suka duka lara tanpa nakhoda...
Did-> mmg sahabat merangkap kekasih merupakan bonus... harap jumpa penawar pasti x tawar :)
tanya di hati apa kan lara, tanya di budi mana kah jiwa. mahu ke mana di bawa hati? ke Allah juga penawar nya pasti. insyaAllah
Post a Comment