Thursday, December 10, 2009

Masih Lama...

Imej 1.
Bila tengok borang ini mungkin kita tengok borang ini tak ada apa yang luar biasanya sebab wujudnya borang ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah hasil pencetakan di atas sehelai kertas yang sama sahaja tak ada bezanya... Tapi, bukan kertas ini... Bukan borang ini... Tulisannya telah membuat hati saya ketawa bukan sebab salah eja mahupun kesilapan tatabahasa tapi sebab ada unsur lama... Lama tak mati disini rupanya... Saya mula tersenyum sendiri macam baru baca sms dari kekasih hati... Mungkin yang mencetaknya masih mendambakan yang lama :) Lama akan selalu ada...
Imej 2.
Perhatikan gambar ini. Apa yang dapat anda lihat pada gambar ini? He3 rasa macam tengah jadi cikgu yang sedang mengajukan soalan kepada anak muridnya agar mereka mula belajar mengarang melalui gambar pula... Boleh saja anda katakan anda lihat perhiasan meja, topi polis dalam kaca, basikal dalam kaca mahupun koleksi kereta percuma idaman si teruna :) Tapi hiasan ini bukanlah hiasan semata, kerana hiasan ini mempunyai kenangan suka duka seorang bapa kepada keluarga... Terharu setiap kali melihatnya sebab sebagai anak, saya merasa bangga, sebagai anak saya berkongsi gelak ketawa dan sebagai anak, saya menjadi saksi segala perih dan duka... Bagi anda mungkin tak memberi apa makna sebab bapa saya bukan bapa anda :) Itu tak apa...

Imej 3.
Apakah objek ini? Tahu tak benda ini masih berfungsi? Tahukah kamu dia seolah-olah masih muda lagi hayatnya? Kadang-kadang kita terlupa kehadiran dan keberadaan dia disini sampaikan tergamak mencampakkan dia bila rasa khidmat dia tak diperlukan lagi... Lupakah kita barang lama juga ada rasa bila kita suka-suka saja habis madu sepah dibuang... Ehhh tak buang lagi tapi disimpan untuk tontonan seolah tak pernah ada perasaan... Mujur kalau dipertontonkan... Cuba kalau dicampakkan didalam timbunan, lagilah kasihan... Dulu waktu ada dia dan ada "hanya dia", dia lah intan dia lah payung tapi kenapa kini tidak lagi begitu hanya kerana dia tak lagi nampak segak kerana dia telah dibandingkan dengan si putih yang baru yang lampunya bisa menyala tatkala suis dibuka... Samalah macam rumah tangga... Tak mahu komen lebih sebab belum merasainya sendiri... Tak nak nanti orang kata saya ni tau cakap sahaja tapi bukan pernahpun merasa... Saya tak suka nak bercerita kalau bukan saya yang melaluinya...

Imej 4.
Bakul ini klasik tahu! Bakul bukan sebarang bakul, bakul ada sejarah tembakul :) Kalau nak tahu bakul ini wujud dari zaman tahun 1992 atau 1993 lagi tapi mohon maaf saya bukan cikgu sejarah jadi saya agak lupa dan kurang tahu ketepatan usianya he3... Yang pentingnya dia wujud pada zaman saya memakai seragam sekolah... Sekolah bukan sekolah menengah tetapi sekolah itu sekolah rendah... Lama tu... Bila fikir-fikir balik, saya kira saya telah membuangnya kerana dia tak lagi "glamour", dia tak lagi nampak "trendy" tatkala itu, tapi mata mula berkaca apabila melihatnya masih disini mengajar saya makna yang begitu berharga... Dengan dia lah saya kesekolah... Kerana dia lah saya tak pernah dibiarkan kelaparan... Saya sentiasa berbekalkan makanan sekiranya duit yang dibekalkan tidak mencukupi sebab saya memang kuat makan... Dia mengajar saya untuk kembali berpijak dibumi yang nyata sungguhpun saya telah melangkah jauh dalam kerakusan mengejar dunia yang akan ada titiknya... Terima kasih bakul... Anda sangat berjasa dan saya sangat sayang anda bakul... Tapi bakul ini bukan lagi milik saya sebab dia dah jadi milik ibu saya... Itulah orang selalu kata kalau kita banyak jasa, kalau kita sentiasa ikhlas dalam bekerja nescaya cepat atau lambat orang akan hargai ketulusan kita... Saya bangga dengan bakul ini sebab saya tahu dia dihargai sehinggakan hari ini walaupun sesungguhnya yang menghargainya bukanlah saya :( Maafkan saya bakul... Ruangan saya kali ini hanyalah bertujuan untuk mengajak kita semua untuk kembali berpijak dimuka bumi yang nyata ini... Jangan terlalu riak dengan kesenangan yang diberi, jangan pula terlalu lupa dari mana asal usul kita... Teruslah bermimpi kerana tanpa mimpi tak ada motivasi untuk diri dalam mengecapi tapi janganlah sampai jadi kacang lupakan kulit kerana bila dah terjadi tak guna disesali :) Rupanya perjalanan saya masih lama...

1 comment:

dabuldahi said...

saya pernah guna barang kat imej no 3...
ihihi..
orang cakap...
rupa buruk tak semestinya khidmatnya jugak buruk..