Wednesday, January 27, 2010

Hari Ini...

Hari ini malam datang bulan mengambang hati tak tenang gelisah menjulang tak mampu dihalang...
Hari ini rasa sendiri tak mahu kekal statik lagi tak ingin terus mengesat hingus yang mengalir tak henti...
Hari ini segala yang menyesakkan segala yang menyemakkan tak perlu disimpan wajib dilepaskan...
Hari ini janji dipatri harapan berderai cantum menguntum misi kembali beraksi tanpa sangsi...
Hari ini bukan hari esok bukan hari semalam tetapi hari ini merupakan hari ini yang begini...
Hari ini dah tak lagi sepi :)

3 comments:

Hanggokan said...

hari ini tak ada lagi sepi?
WOW! ini berita panas...
siapakah jejaka itu?
;)

raisadora said...

:) masih tiada teman disisi tapi dah terima dengan redho bila sendiri bukan bererti sepi...

Dari Jalan Kopi said...

darijalankopikan ada. kahkahkah.