Macam mana nak kata ya... Perasaan sedang bercampur baur dan tak terasakan akan perasaan adakalanya... Nak kata hilang semua rasa, tak juga sebab bila tingkah mula mengorak langkah, tersandung batu, bila terjatuh terasa juga sakit dia... Hmmm... Tertanya pula bila perasaan seolah mati tapi nyawa masih tersisa tapi nadi seolah tak ada... Kenapa agaknya... Masih pandang kebelakangkah sedangkan kaki berjalan menuju kedepan? Tapi kan tajuk cerita melayu pun sudah terang-terangan kata jangan pandang belakang... Tak kan la sedungu itu untuk masih tidak menyedarinya... Hmmm... Nak kata berjalan dengan yakin kehadapan tidak juga kerana masih tersekat-sekat dek kekabusan pemandangan yang menjadi halangan untuk ke destinasi impian... Berkabus sehinggakan kedinginan itu melemahkan perjalanan membatasi keinginan... Bukankah corak hidup yang sebegitu dibenci dan pernah dicaci maki oleh diri sendiri? Seharusnya belajar untuk berhenti itu perlu dan tau bila patut berhenti itu tak patut ditunggu... Masalah timbul bila berhentinya dengan sendiri pada papan tanda berhenti dan tidak melakukan apa-apa selain cemas kerana tidak tau dimana berada dan kusut memikirkan apa yang harus dilakukan kerana telah tersesat jalan... Bila semua itu terjadi mula la hari seakan kelam...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
kat shoutmix box2 tepi die ad tanda c kecik... klik jek kt c2....
ntah la tak reti :( da create account kat situ tp tak reti nak link kan dgn blog... terasa dumb blonde walau rambut bukan blonde...
hehehe. copy html la kak..... pastu paste la kt command die 2... =)
akk buta it ha3... da baca benda2 tu tambah pening ha3... cuba paste kat edit html tu tak jadi pun kata itu ini la mana la akak nk phm... sedih kan tak tau apa2 ha3...
laaaa....
xpe...
t ad mase xplore la yek...
heeeee~
=)
hey dah lame kau x2lis entry baru... ak tunggu...-(
Post a Comment