Sunday, October 3, 2010

Silaturrahim...

Tersipu tapi mahu... Melalak terasa mampu, tapi kelaut dia meluru... Terimbau yang berlaku, menongkat siku lalu tersenyum malu... Kaki bersilang hati mula menyanyi lagu... Menari berirama tanpa segan silu... 

Mata sebenarnya kuyu sebab malam tadi berpeleseran dengan rakan taulan... Mana pula nak tahu akan berangkat sepagi itu... Ingat kan pagi hampir ke tengah hari tapi lain pula yang jadinya... Sebab titah perintah sudah keluar oleh bonda tercinta, maka akurlah saja tanpa sebarang bantahan... Jam 5 pagi baru nak lena, sudahnya 7pagi dah disergah untuk bangun... Mata dah seakan beruang panda tapi gagahkan juga demi menjaga hati bonda... Sesampai saja di perkarangan sana mulalah semua sibuk nak berfoto sambil bersuai kenal... Sesudah basah berjeruk baju kami dan secairnya segala bedak bagai barulah upacara bergambar selesai (sila jangan percaya seratus peratus dengan cerita kerana ada yang ditokok tambah setelah dinasihati tuan penaja)... Maka, menuju pula semua kita ke balai rong untuk mendengar sepatah dua kata... Ingatkan cuma sepatah dua yang diucapnya rupa-rupanya sampai tersengguk juga kita dibuatnya dan sampai nak terleleh air liur pun ada... Punya lah hati kecil ini bertanya bila lah kesudahan cerita dia... Akhirnya, ada juga noktah dia... Ingatkan seronok sangat bercerita sampai terlupa semua kita yang dah tak sabar menunggu waktu berjamu... Apa lagi, semua kita beralih pula ke dewan santapan dimana segala makanan telah siap tersedia... Bila perut dah diisi baharulah semua kita bersemangat untuk beraksi... Adalah sesi memperaga oleh golongan veteran dan ada pula dari golongan separa veteran... Bergelak ketawa gembira dengan telatah semua kita yang tak segan silu walaupun ada yang baru pertama kali bersua muka... Poco-poco riang dan sesi pertandingan suara girang juga turut diadakan... Aturcara majlis disudahi dengan penyampaian hadiah buat para pemenang... (Maaf kerana tidak bercerita dengan terperinci kerana sudah letih seharian bersosial sesama semua kita)... Tak sangka pula dapat juga tempat ketiga walau penyampaian tidak seberapa... Terus tersenyum gembira kerana masih tersenarai dalam carta :) Sebenarnya majlis yang diadakan pada hari ini hanya lah untuk memperkenalkan diri sesama kita dan mendekatkan silaturrahim antara kita... Yang jauh kita dekatkan, yang dekat kita eratkan... Moga pertalian saudara ini berkekalan dan terus aman sejahtera dengan izin yang maha Esa... Amin... 

6 comments:

karok said...

uit, letak la shoutmix...

John Leh said...

Bila nak berpoco poco bersama?

Tq

raisadora said...

karok->shoutmix tu apa?

Leh->sy xreti bonda saja yg reti ehe...

karok said...

laaa.... shoutmix yg ad kt tepi blog tu la.....

Hanggokan said...

saleh, wajib ajarkan raisa poco-poco stail cream-o. kahkahkah!

amir said...

bila rasa yang berkata, naluri menurut titah kata, jangan di nafi 'indah sungguh' itu bahasa, jangan di nafi 'indah lagi' itu kata....

itu dah kata ; indah kata dari rupa , dari khabar yang bawa berita... like your intro... niceee....