Thursday, November 13, 2008
Hanya Itu Yang Kumahu...
Sejujurnya saya sendiri masih mencari erti keberadaan... Seikhlas hati ingin saya katakan bahawa saya bukanlah cerdik pandai untuk mengomel panjang memberi hujah berbekalkan bahan bukti yang mencukupi... Kalau dimasukkan ke dalam mahkamah saya yakin kes saya ini ditutup kerana menurut mereka saya sudah hilang akal atau kes saya ini langsung tidak relevan... Banyak lagi isu politik dan ekonomi yang jauh lebih penting untuk diselesaikan... Saya bukan ingin berdebat mahupun berniat untuk menyaman sesiapa... Ingin saya jelaskan bahawa saya hanyalah pencinta ciptaan Tuhan yang takkan berhenti menyelami apa yang tersirat dihati, dan insyaallah selagi nadi tak terhenti saya akan terus disini mencari erti... Secara luarannya Kondominium di sekitar sini nampak gah dan pastinya setiap satu yang lewat disitu pasti merasa iri akan kecantikan dan keindahan seni binanya... Nampak begitu selesa dan pasti mereka hidup dalam keadaan bahagia dan tenang senantiasa... Tak terfikirkan sama sekali oleh mereka apa yang tak terlihatkan kepada mereka... Tak penting menurut mereka kerana itu bukan keluarga mereka... Salahkah kiranya saya menganggap mereka hanya memikirkan diri mereka sahaja? Salahkah kiranya saya merasa bahawa mereka tak hiraukan sedikit pun tentang erti keberadaan saya? Apakah saya terlalu banyak meminta? Mungkin juga saya yang salah tapi apakan daya saya... Apa yang sebenarnya ingin saya ceritakan disini bukanlah tentang mewahnya Kondominium ini tapi betapa sedihnya hati seorang penghuni... Saya tahu saya bukanlah penghuni yang mempunyai bukti bahawa rumah ini dengan rasminya saya yang miliki...Saya setuju seratus peratus jika anda ingin menegaskan bahawa tiada apa yang di dunia ini tak ditimpa kesedihan tapi bukan itu keluhan saya... Saya hanya ingin berkongsi kesedihan saya sebagai penghuni yang penuh dengan cinta... Saya dipandang hina hanya kerana saya terpaksa menyelongkar ruang-ruang sampah hanya sekadar ingin meneruskan hidup... Alangkah sedihnya saya kerana saya tak punya keluarga yang menyayangi diri saya yang hina lagi kotor ini... Tiada siapa peduli walaupun saya hanyalah pencinta... Tiada siapa yang endahkan saya apatah lagi menunjukkan kasih sayang serta belas ihsan... Saya hanya diherdik dan dimaki hamun kerana telah membuka ruangan sampah dari rumah ke rumah hanya untuk mendapatkan sisa makanan mereka... Salahkah saya? Penat saya berjalan dari satu blok ke satu blok dan dari satu tingkat ke satu tingkat yang lainnya... Mereka akan menjerit sekuat hati tatkala bertentangan mata dan dengan kerasnya melaungkan "Pergi dari sini,tak ada kerja lain ke?" Tak sedikitkah wujud perasaan sayang mereka terhadap saya yang hina lagi keji ini? Dalamnya kebencian mereka terhadap saya... Jijiknya mereka terhadap saya... Terlihat kereta-kereta mewah tersergam indah lagi berkilat di ruangan letak kereta menunjukkan bahawa betapa sayangnya mereka terhadap kereta mereka tapi kenapa sedikitpun tak mereka endahkan keberadaan saya? Saya sedar saya hina tapi apakah salah saya untuk menumpang kasih pada insan yang bernama manusia... Saya tak minta banyak... Saya hanya ingin dibelai dan dilayan dengan penuh kasih sayang walaupun saya sedar saya tak layak untuk menjadi sebahagian dari keluarga mereka... Saya masih sedar siapalah saya... Alangkah bahagianya saya sekiranya ada yang sudi menghulurkan simpati pada nasib saya ini... Saya tak minta untuk tinggal dirumah cantik mahupun mengharapkan sesuatu yang lebih... Saya hanya ingin kalian memberi sedikit perhatian kepada saya walaupun dengan sedikit belaian... Saya tahu saya bukanlah seperti anak emas kalian yang bisa makan tidur di bilik berhawa dingin dan sering dimandikan agar sentiasa bersih dan berbau harum... Saya mohon agar berilah sedikit pengertian bahawa bukan pinta saya dilahirkan tak berkeluarga dan bukan kemahuan saya terpaksa akur dengan kekurangan ini... Saya berdoa agar saya tidak lagi dipandang hina dimata kalian hanya kerana saya kucing jalanan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
14 comments:
peh, lu ni kan suka betol mainkan perasaan gua yang halus mulus lagi sensitif ini!!sedih tau...
*neway, cite lu ni mmg suspen...
padelkopak: x bermaksud nk mainkan perasaan anda tp hanya sekadar luahan rasa sbg pencinta :)
kalo kucing tu xsepahkan..mungkin mereka xmarah sgt kot.
bkn salah kucing, kucing hanya cube menangkap tikus. namun ape yg terjadi akhirnya seperti kes tom n jerry...
prejudis-> kalau dia mkn pastu pandai kemas bole masuk documentary la pl kan :)
Did-> tu la cian Tom slalu jadi mangsa dimarahi Tuan Rumah
owhhh kisah kucing yang menyayat hati.. lalalala
are-name-> kesian kucing2 mcm tu hari2 sanggup panjat tangga dgn harapan dpt makanan... kalau kita jadi dia x sedih ke... da la bunting pula tu
tersentuh saya pada awalan cerita...tp tergelak sket di pengakhiran nye...hehe.. anyway, menyentuh kalbu crita ini ;)
Azlina Mohamed->thanks... gelak sbb cerita kucing ya? he3... kucing=sgt comel
saspen jek! haha
i think it's okay takmo layan kucing
just jgn sepak kucing tu ke hapa
but klu ada benda boleh kasik dia makan?
why not kn?
cuma takot kucing tu asek dtg rumah kita lah
hehe
sootsprite-> that's the thing ;) kalau semua takut kucing tu datang umah diaorg jwbnya apa nasib kucing2 tu? mkn je la sisa sampah... tp org akan ckp alaaa xpa la dia kan kucing...
woit. penulisan semakin bagus. mari menyertai saya menjadi aktivis sosial. kahkahkah. 'kita' membela nasib 'bukan kita'.
Farid Abu Talib-> insyaallah selagi ada daya kita sama2 usahakannya...
cantiknya lumrah alam,
bila ada yg membenci pasti ada yg akan mencintai,
bila ada yg mengherdik pasti ada yg membelai,
kalau kucing ber'fb', pastinya ditulis,
"kawan2 dtg lah ke rumah Raisa krn disana syurga kita"
Post a Comment