Monday, May 11, 2009

Kecewa Lagi

Kenapa agaknya perlu ada kecewa dalam hidup kita? Entah la malas kadang-kadang nak terus dihanyut kecewa... Orang kata kalau tak ada kecewa macam mana kita nak hargai bahagia sebab kita akan rasa sama saja di setiap situasi kalau tak ada kecewa dalam hidup kita... Tapi kenapa agaknya tak bahagia tanpa derita... Ishhh... Tak boleh fikir begitu sebab kalau bahagia senantiasa bermakna syurga... Ni dunia bukan syurga jadi kena la terima dan banyakkan lagi kebaikan dimuka bumi ini... Tapi tak suka kecewa, tak suka derita... Tak suka tak suka tak suka... Satu lagi yang kita tak suka ialah janji palsu semata... Kenapa la orang suka sangat berjanji kalau rasa tak mampu untuk tepati... Pepatah berkata kalau lembu pegang pada tali, manusia pula berpegang pada janji tapi kenapa ini terjadi? Adakah manusia tiada hati? Bila kita berjanji orang akan mempunyai satu lagi jenis perasaan iaitu berharap... Tak kan la kita asyik nak nyanyi lagu Sheila On 7 "Aku berhenti berharap dan menunggu datang gelap...." sampaikan muncul pula satu lagi jenis perasaan iaitu muak mahupun jelak... Kecewa lagi sebab tak jadi naik keretapi :(

6 comments:

Hanggokan said...

kecewa itu dugaan. dugaan untuk uji ketabahan. juga untuk mematangkan pemikiran. agar jiwa kental menempuh masa depan. jika tiada keretapi, mungkin kita bolih berjalan kaki. kahkahkah! cerialah!

Dari Jalan Kopi said...

alamak. ini betul2 sedihlah.

naek keretapi ini betul2 gerek. macam arabella grace garcia naik keretapi lari dari ditangkap olih polis.

dia terpaksa meninggalkan kekasih hati yang sgt dichentai di Manila.

akhirnya keretapi ini meletop dan dia kehilangan nenek dan ayahnya.

di dalam keretapi inilah juga dia menemui cinta baru dengan saorang pelukis yang bernama Leo

nak bahagia perlu berolih derita. kehilangan nenek dan ayah untuk menemui chenta.

Buatlah apa saja asalkan yang baek
jangan jadi PACAL yang hina.

John Leh said...

Menjadi pacal yang hina juga adalah kesah sedih, ini samalah seperti kesah Penarek Becha lakonan P.Ramlee. Cerita yang cukup sedih. Dimaki dan dicaci.

Pengorbanan diperlukan untuk peroleh bahagia. Biarlah menjadi pacal yang hina daripada menjadi pecal yang enak. Pecal tidak punyai perasaan, tetapi pacal maseh punyai perasaan.

Buatlah apa saja asalkan yang baek.
Terima Kaseh.

dabuldahi said...

kak na
kenapa ni kak na??

berbalik kat soklan kakna tu..
kak na tnya "Kenapa agaknya perlu ada kecewa dalam hidup kita?"

apa kata kalo kita tanya kenapa perlu ada kehidupan kat dunia camne??

huhu..
bayangkan kalo kita tidak dibenarkan hidup kat dunia ni..
pasti tiada kecewa, gumbira, sedih, marah, dan macam2 lagi...

apa yang penting bg kita manusia bersyukur..

hehehehe...
comel x?

raisadora said...

Did -> dah ceria dah :) tau itu semua coobaan(bak kata cerita P.Ramlee) tapi benci pada mereka2 yang suka mungkir janji... tapi da x sedih da sbb malas nak fikir... hidup diteruskan blogger harus berterusan...

Dari Jalan Kopi -> memang sedih sebab da berangan nak buat ala2 lakonan sepanyol ke filipina ke naik keretapi penuh aksi he3 pacar yang hina pun xnak jadi juga ;p

Pok Leh -> pecal best apa makan he3 memang tiada perasaan sebab dia satu jenis makanan... bayangkan kalau dia ada perasaan sudah pasti dia akan makan kita pula he3

dabuldahi -> ada kita kat dunia sebab kita berjanji akan sentiasa berbuat kebaikan di muka bumi ini :) tapi baik ke kita2 di muka bumi ni? hanya Dia yang dapat menilainya... benar sekali wahai adikku Hadi, memang kita harus sentiasa mensyukuri nikmatNya selagi kita masih ada masa kat dunia yang penuh duka gembira...

dabuldahi said...

lama x jupa kak na..
rindu
huhu