Friday, May 8, 2009

Keretapi Kalau Jadi...

Kawan-kawan yang budiman... Buat pengumuman semua saya akan berangkat ke Kelantan pada hari Selasa ini... Dengar bunyi seperti masih lama lagi tapi lebih baik beritahu lebih awal sebelum terlupa lalai tak sedar masa... Kelantan bukan seberang lautan pun tapi kira keluar la juga dari rumah ini, bilik ini... Hmmm perlu tenangkan diri ubati hati... Kenapa Kelantan menjadi sasaran dihati? Cerita dia sebenarnya dah lama tak balik Kelantan... Walau kampung di Kuantan dan Negeri Sembilan tetapi Kelantan dikira sebagai kampung ke 3 buat kami... Yang sedihnya, sejak arwah Tok Wan dan Tok Cik pergi tinggalkan bumi memang kita semua jarang lagi dapat jejak kaki kesitu... Rindu sangat... Rindu pada suasana... Rindu pada sampan nak menyeberang sungai ke seberang sungai tak pakai passport... Rindu pada pulut pauh... Rindu pada nasi berlauk... Rindu pada roti canai gula pagi-pagi... Sungguhpun tiada sesiapa yang istimewa untuk dirindui tapi perasaan masih tetap rindu... Rindu pada yang satu... Kawan-kawan jangan risau tak lama pun kesana tapi lepas Kelantan sambung terus ke Cameron Highland jadi harap maklum... Tak sabar rasa nak tukar cuaca... Tak sabar rasanya nak berkongsi cerita berbagi rasa dengan kawan-kawan semua... Macam mana lah gaya Cameron Highland sekarang berbanding dulu agaknya ya... Seronoknya nak jalan-jalan tanpa tujuan... Doakan ketibaan ya... Keberangkatan ke Kelantan kalau jadi mungkin menaiki keretapi...

6 comments:

dabuldahi said...

paling besh kat kelantan adalah budu
pergh!!

Dari Jalan Kopi said...

selamat jalan.
selamat mencari damai di kampung
selamat mencari damai dihati.

buatlah apa saja asalkan yang baek.

so0tspirit said...

jalan baik2
semoga selamat tiba dan pulang :)
hope u will find peace in mind

John Leh said...

Selamat Pergi dan Balek.
Di Kelatan ramai gewe cun, sila tolong kirim salam pada setiap yang cun. Yang tidak cun tolak tepi. Kahkahkah

Ke Kemerun Hailen?
Baru-baru ini saya telah ke sana. Cuacanya tidak sesejok dahulu. Kalau dahulu sejoknya macam di Russia, kini sejoknya sama macam di Pantai Dalam. Kahkahkah. Woit! Wajib tidor di Equitorial Hotel - Apartment blok. Aircond takda, sejuk menggigil macam pacal kena disimbahi ayer.

Terima Kaseh

Hanggokan said...

nak ikot! kahkahkah...

raisadora said...

dabuldahi -> tu la pasal mama pesan sebotol he3

Dari Jalan Kopi -> terima kasih mudahan jumpa damai hati

soOtspirit -> harapan begitu la perlu tenang tak mahu bergenang

Pok Leh ->akan sampaikan salam anda dan Cameron pula belum tau dimana peraduan kerana mahu bertemu tuan punya strawberry farm :)

Did -> mari-mari