Saturday, May 23, 2009

Perhentian...

Pejam celik pejam celik da masuk hari ke 7 kat sini... Seronok sambil menikmati keindahan ciptaan yang ada dimuka bumi ini sambil menyibukkan diri di dapur... Biasanya kalau kat rumah jangan harap nak sentuh periuk belanga potong bawang mahupun mengupas kulit lobak ataupun kentang tapi memandangkan bantuan yang tak seberapa ini diperlukan makanya turun padang la juga walau ku tahu ini bukan bidang ku... Hmmm... Entah laaa nak cakap ni penuh tawa gembira tiada duka setiap ketika tak boleh juga sebabnya ada masa walaupun dikelilingi tawa gembira, hati ini masih terasa luka... Agaknya luka ini tak mungkin bisa sembuh sambai bila-bila... Nak kata tak gembira tak boleh juga kerana masih boleh bergelak ketawa sambil membuat kerja dengan suasana penuh ceria... Tak sempurna mungkin? Atau mungkin masih lagi tak memenuhi keinginan dihati dan juga kehendak yang masih terus ku cari... Atau mungkin kah Perhentian ini hanya ku jadikan alasan untuk tidak meredahi apa yang menghalangi... Di tangan ada dua pilihan tapi setiap pilihan meninggalkan kesan... Apa yang harus dilakukan... Kawan keramaian pasti mengatakan buatla apa sahaja asalkan baik tapi itu tak membantu penyelesaian kepada persoalan... Buntu mencari jalan kusut mencari jawapan... Tanya pada bintang dan bulan tak juga kutemui kesimpulan... Masih ada lagi 7 hari disini mencari erti mencari makna suatu realiti... Tak berhenti mencari...

6 comments:

so0tspirit said...

soul searching ke?
semoga dpt apa yg dicari :)

John Leh said...

Pergilah kemana sahaja asalkan yang baek.
Nanti dah baleh sila tolong ajarkan - 10 cara untok mendapat duit yang banyak.

Kahkahkah

Dari Jalan Kopi said...

alamak. luka lama maseh berdarah?
apa cerit?
ini betul-betul leceh.
bukan senang nak hentikan pendarahan.
pakai gamat pun tak bolih.

hidop di dunia perlukan kemaafan
kerana kita hidop bukan untuk kesempurnaan
kita hidup bersahabat dengan salah dan silap

tak perlu lupakan kesah lama
kerana ia kekal dalam ingatan sampai bila-bila

yang indah,
darijalankopi

Hanggokan said...

singgah sahaja di perhentian.
mungkin bisa jumpa penyelesaian.
sabar dan tabah tempuh dugaan.
mungkin tiada makna namun itu saja mampu diucapkan.

berhibur itu baek.
berleser juga baek.
buat lah apa saja asalkan yang baek.
cerialah!

so0tspirit said...

masih di kelantan ke?
saya di kelantan skg!
hehe

raisadora said...

hmmm terima kasih kawan2 sebab ambil berat pasal saya... saya baik2 saja disini sambil berehat sambil buat kerja :) jangan risau saya pasti kembali tapi seketika saja sebab akan kesini kembali... saya akan balik kesini sampai monsun kira balik raya laaa... harap dapat jumpa kalian raya tahun ini :)