Thursday, March 18, 2010

Smoulder...

It's been more than a month without a trace... I thought i could just let it go, and be done, and over with, but, i wonder why i just couldn't... I'm wounded still, but i'm just hesitate with the fact that it's just a matter of time for me to remain as calm as possible with the healing process... Honestly, i just wanted to smother or suffocate that particular douchebag to death... Some how, my inner self tell me not to... If i am the Red Queen in Alice in Wonderland, i could demand ''off with his head'' but i am not even a tiny bit of her... I wish i could just smash something valuable that belongs to that douchebag but how could i? Will it be worth it? I know deep down inside of me whispering 'it was just a ridiculous idea of mine'... Man, i think i talk nonsense nowadays and i'm seriously aware that i shouldn't, but why am i still talking gibberish? You're complety have lost your mind... Really? I think i am awake and my eyes are wide open but why am i still acting this weird? Still with endless questions and puzzle in my head... I think i know exactly what had happen to me with all this resentment... It does make sense now... All i know right now is i'm smoulder with too much anger and hatred in me... I shouldn't...

Tuesday, March 9, 2010

Tangan Yang Menghulurkan...

Tahu kah kalian bahawa saya mempunyai jari-jemari yang mirip wanita yang sedang hamil? Itu kalau tengok tapak tangan tapi kalau diterbalikkan boleh takung air... Kadang-kadang orang panggil tangan jelmaan makhluk asing dan ada pula kata tangan montok yang bisa melengkapi... Bila fikir dimana logiknya tak pula terjumpa akan makna... Jadi saya yang naif ini cuba la membuat teori sendiri...

Mula-mula bercakap tentang kehamilan... Nak kata diumur saya sekarang ini kalau ikut zaman nenda saya dah lebih dari lima anaknya... Di umur saya kini bonda dahulunya telah beranak empat... Tapi, saya yang sudah diumur ini belum lagi meneruskan generasi... Apa maknanya semua ini... Bila tanya kenapa ada perkahwinan antara lelaki dan perempuan, bukan lelaki dengan lelaki mahupun perempuan dengan perempuan, pastilah jawapan yang paling logik boleh saya fikirkan ialah untuk menyambung generasi untuk menjadi pelapis pejuang dimuka bumi yang penuh dengan pemusnah keji... Tapi apa sudah jadi... Hari demi hari, tahun berganti tahun, yang ada hanya gugurnya daun dari pohon... Hari tu saya juga mengada-ngada dengan sukarelanya merelakan diri untuk dikahwini oleh mana-mana pecinta hati yang sudi tapi kenapa kini hati seolah memberontak kembali... Rasanya tak rela pula dijodohi... Kenapa hati buat begini? Tak sudikah hati untuk dijadikan isteri? Adakah tersentak hati bila si dia menyanyikan lagu Kopratasa buat si isteri? Bukankah lagu itu lagu yang indah yang patut dicontohi? Tapi mengapa ya? Rasanya saya tahu jawapannya tapi masih juga saya nak memberontak dan berlawan sampai ke penghabisan... Bersifat Jebat betul lah hati saya ni...

Rasanya kalau saya mara ke hadapan banyak kebaikan dapat saya laksanakan... Si dia merupakan seorang yang berkenamaan bukan sebarangan... Apa lagi kekurangan si dia wahai Adiratna... hmmm mungkin itu sebabnya... Sebab dia bukan orang kebanyakan macam saya... Saya suka akan kebebasan ini... Saya suka akan kehidupan biasa dan sederhana ini... Tapi bukan lah bermakna saya suka kehidupan merempat mahupun impikan kehidupan melarat... Saya masih mahu hidup selesa dan dapat mengajari apa itu makna sempurna buat generasi saya yang seterusnya... Apa mungkin saya tak mahu kehidupan yang kaku dimana saya tak boleh berlaku semampunya... Dengan huraian ini bukan lah bererti saya tak mahu kehidupan yang lebih baik sebab saya tak nafikan yang saya masih suka menghabiskan duit untuk rambut dan fesyen meskipun rambut saya tak lah sehebat rambut selebriti bergaya dan fesyen saya tak pula se-gah fesyen model-model para idaman lelaki... Jangan pula beranggapan bahawa saya mahukan lelaki yang hanya tahu nak cari isteri tapi tak tahu apa tujuan perkahwinan itu sendiri... Tidak sama sekali... Perkahwinan bukan lah cinta semata tapi pengertiannya lebih mendalam lagi... Semua itu perlu dikaji... Nak buat anak bukanlah mudah tapi tak juga susah kalau dah rezeki tapi tak boleh kita lupa akan besar tanggungjawabnya... Hmmm rasanya mungkin si dia bukanlah susuk suami yang saya cari...

Saya perlukan suami yang tak tahu erti penat untuk memberi dan tak tahu makna lelah untuk terus menyayangi... Setakat tak penat untuk memberi materi dan tak lelah untuk menyayangi saya saja tidak memadai... Saya perlukan lelaki yang mahu terus menyokong saya dan sama-sama berjuang untuk terus memberi kerana itulah definisi kebahagiaan hakiki buat saya... Dipenuhi materi tak mungkin bisa melengkapi hati saya yang masih mencari teka-teki sebab di tangan saya ada simbol takungan air (dari sudut pandangan saya tidak ada kena mengena dengan mitos mahupun sains)... Bila ada bukan hanya satu takungan air itu bukanlah bermakna untuk dimanfaatkan oleh diri sendiri semata tapi untuk dikongsi bersama... Kalau nak monopoli semua itu jatuh hukum tamak namanya... Tapi kemana dewa hati ini pergi... Ingin sekali memegang tangannya sekuat-kuatnya kerana dengan seikhlas hati menghulurkan tangan tanpa mengharapkan sebarang imbalan...

Thursday, March 4, 2010

10% dari Nenda...

Mula cerita ni datang dari kisah seorang pecinta wanita yang membesarkan keluarga dari hasil berurusniaga tidak begitu lama dahulu sebab sempat la berjumpa merasa kasih dari beliau... Bibit perkenalan si pahlawan hati dan bunga hati ni terjadi apabila mereka dijodohkan bukan dengan pilihan masing-masing... Tapi memandangkan akurnya mereka pada ketentuan sehingga berderet-deret cahaya mata dikurniakan kepada keduanya... Bahagia di tengah jalan terjumpa pula si pahlawan hati dengan pujaan hati... Maka tercipta la satu kisah tiga segi tanpa disedari oleh si bunga hati... Hmmm panjang lagi cerita dia tapi sampai satu saat pahlawan hati pergi kerana berhentinya nadi... Tak dapat digambarkan pedihnya rasa kehilangan seorang pahlawan hati yang penuh dengan kasih dihati... Ini kisah benar saya nak cerita... Ini bukan gerakan reformasi untuk menuntut hak keadilan mahupun gerakan umno untuk menuntut hak keseluruhan... Ini kenyataan... Ini cerita tentang kebahagiaan yang belum ku dapatkan... Apa intipati cerita ni sebenarnya hanya nak cerita pasal luhur dan putihnya hati si bunga hati dan pujaan hati... Baru-baru ini kami menyambut hari lahir Tok De kami bersama dengan nenda kami di rumah mak saudara kami... Sejuk hati melihat betapa besarnya hati nenda kami menerima Tok De dalam hidup kami tanpa sekumit dendam dihati... Terpukau pula melihat Tok De yang sehingga ke hari ini menghormati dan melayani nenda dengan penuh kelembutan tanpa sedikitpun rasa kebencian dihati... Kagum dengan dua nenda ku ini yang kalau 10% pun dari sifatnya kudapatkan susah cukup memadai... Moga terbuka pintu hati... 

Monday, March 1, 2010

Opposite Sex...

Will it be too much if i say screw them all? Each day the bitterness added, and lord have mercy, it's casting a blight emotionally... Am i against the law of the universe now or am i just being paranoid me? I was convinced that "the subject" changed and sometime for the better but it turn out to be a paradox which i am struggling to understand exactly why it happen anyway... Will any mankind ever take me seriously? As of now, I am not just hunger for real love but i am actually panting for the right moment to come... Should i take 360 degree action to the way i treated others? Shall i just let them used me simply because to them i am just a piece of cake? I kept questioning myself but not even once have i found the right answer to it... My search is not over yet... Please... I am longing for... None other than an honest opposite sex...