Tuesday, March 9, 2010

Tangan Yang Menghulurkan...

Tahu kah kalian bahawa saya mempunyai jari-jemari yang mirip wanita yang sedang hamil? Itu kalau tengok tapak tangan tapi kalau diterbalikkan boleh takung air... Kadang-kadang orang panggil tangan jelmaan makhluk asing dan ada pula kata tangan montok yang bisa melengkapi... Bila fikir dimana logiknya tak pula terjumpa akan makna... Jadi saya yang naif ini cuba la membuat teori sendiri...

Mula-mula bercakap tentang kehamilan... Nak kata diumur saya sekarang ini kalau ikut zaman nenda saya dah lebih dari lima anaknya... Di umur saya kini bonda dahulunya telah beranak empat... Tapi, saya yang sudah diumur ini belum lagi meneruskan generasi... Apa maknanya semua ini... Bila tanya kenapa ada perkahwinan antara lelaki dan perempuan, bukan lelaki dengan lelaki mahupun perempuan dengan perempuan, pastilah jawapan yang paling logik boleh saya fikirkan ialah untuk menyambung generasi untuk menjadi pelapis pejuang dimuka bumi yang penuh dengan pemusnah keji... Tapi apa sudah jadi... Hari demi hari, tahun berganti tahun, yang ada hanya gugurnya daun dari pohon... Hari tu saya juga mengada-ngada dengan sukarelanya merelakan diri untuk dikahwini oleh mana-mana pecinta hati yang sudi tapi kenapa kini hati seolah memberontak kembali... Rasanya tak rela pula dijodohi... Kenapa hati buat begini? Tak sudikah hati untuk dijadikan isteri? Adakah tersentak hati bila si dia menyanyikan lagu Kopratasa buat si isteri? Bukankah lagu itu lagu yang indah yang patut dicontohi? Tapi mengapa ya? Rasanya saya tahu jawapannya tapi masih juga saya nak memberontak dan berlawan sampai ke penghabisan... Bersifat Jebat betul lah hati saya ni...

Rasanya kalau saya mara ke hadapan banyak kebaikan dapat saya laksanakan... Si dia merupakan seorang yang berkenamaan bukan sebarangan... Apa lagi kekurangan si dia wahai Adiratna... hmmm mungkin itu sebabnya... Sebab dia bukan orang kebanyakan macam saya... Saya suka akan kebebasan ini... Saya suka akan kehidupan biasa dan sederhana ini... Tapi bukan lah bermakna saya suka kehidupan merempat mahupun impikan kehidupan melarat... Saya masih mahu hidup selesa dan dapat mengajari apa itu makna sempurna buat generasi saya yang seterusnya... Apa mungkin saya tak mahu kehidupan yang kaku dimana saya tak boleh berlaku semampunya... Dengan huraian ini bukan lah bererti saya tak mahu kehidupan yang lebih baik sebab saya tak nafikan yang saya masih suka menghabiskan duit untuk rambut dan fesyen meskipun rambut saya tak lah sehebat rambut selebriti bergaya dan fesyen saya tak pula se-gah fesyen model-model para idaman lelaki... Jangan pula beranggapan bahawa saya mahukan lelaki yang hanya tahu nak cari isteri tapi tak tahu apa tujuan perkahwinan itu sendiri... Tidak sama sekali... Perkahwinan bukan lah cinta semata tapi pengertiannya lebih mendalam lagi... Semua itu perlu dikaji... Nak buat anak bukanlah mudah tapi tak juga susah kalau dah rezeki tapi tak boleh kita lupa akan besar tanggungjawabnya... Hmmm rasanya mungkin si dia bukanlah susuk suami yang saya cari...

Saya perlukan suami yang tak tahu erti penat untuk memberi dan tak tahu makna lelah untuk terus menyayangi... Setakat tak penat untuk memberi materi dan tak lelah untuk menyayangi saya saja tidak memadai... Saya perlukan lelaki yang mahu terus menyokong saya dan sama-sama berjuang untuk terus memberi kerana itulah definisi kebahagiaan hakiki buat saya... Dipenuhi materi tak mungkin bisa melengkapi hati saya yang masih mencari teka-teki sebab di tangan saya ada simbol takungan air (dari sudut pandangan saya tidak ada kena mengena dengan mitos mahupun sains)... Bila ada bukan hanya satu takungan air itu bukanlah bermakna untuk dimanfaatkan oleh diri sendiri semata tapi untuk dikongsi bersama... Kalau nak monopoli semua itu jatuh hukum tamak namanya... Tapi kemana dewa hati ini pergi... Ingin sekali memegang tangannya sekuat-kuatnya kerana dengan seikhlas hati menghulurkan tangan tanpa mengharapkan sebarang imbalan...

4 comments:

Dari Jalan Kopi said...

cuba cari bakal suami di jalan kopi
dengar cerita disana ada lelaki berkualiti.
kahkahkah.

John Leh said...

Lelaki berkualiti bukan berbontot kuali : Abang John

Tq

raisadora said...

kalau laaa sesenang itu DJK... Tak lalu la kalau berbontot kuali Abang John oiii...

Hanggokan said...

kahkahkah...mmg susah nak cari yang berkualiti tahap tinggi seperti kami ini, raisa.