Wednesday, October 15, 2008

Bila Hati Bicara Lagi

Salam buat semua... Hatiku mula terdetik untuk menulis pada hari ini kerana hari ini adalah hari yang bahagia... Kenapa?

1) Tiba-tiba entah dari mana arahnya ramai pula kawan lama yang kembali muncul setelah lama melenyapkan diri dari pandangan. Sangkaanku mereka tak mahu lagi berkawan denganku walhal tak terfikir pula diriku mungkin penyebab kerenggangan ini... Apakah mungkin diriku yang menghilangkan diri tidak sebaliknya... Apa-apapun yang penting, baik dari sekolah rendah sampai ke dunia kerjaya, mereka sebenarnya masih tidak lupa... Sayang juga mereka ya... Baru lah kurasa diri ini begitu bermakna, dan hariku tak harus kupersia...

2)Memang niat dihati ingin pulang ke kampung halaman yang telah agak lama rasanya tidak kupijak... Rindu... Alangkah baiknya jika dapat "sambil menyelam minum air" sekiranya satu lagi projek keramaian diadakan... Harapan agar lebih ramai lagi yang dapat hadir... Tak sangka pula rancangan untuk pulang bagi menghadiri perkahwinan akan bersambung dengan makan beramai-ramai... Indahnya kalau berkesempatan... Mudah-mudahan...

3)Alhamdulillah, hati ini kembali terbuka untuk melalui dunia berdikari sendiri... Kembali ke dunia pekerjaan... Itu harapan... Cukup lama tak menggunakan kesempatan dan anugerah yang diberikan... Rugi bukan? Dah tiba masa... Sudah pasti dengan bekerja, lebih banyak menghabisi masa melakukan perkara berguna... Doakan yang terbaik buat diri dan buat semua...

Kalau nak diikutkan, tak banyak sangat perkara nak diceritakan, tapi walaupun sedikit, maknanya mendalam dan tak ingin kupendam... Hmmm... Teringat pula ada seorang makhluk Allah yang panggil diri ini pelik dan drama... Betul atau tidak? Entahlah... Tapi tak apa itu hanya pendapat beliau sahaja... Yang penting keikhlasan komen akan memberi kekuatan diri untuk menjadi seorang yang lebih baik lagi, insyaallah... Kembali positif dalam melangkah hari yang tidak pasti... Amin...

3 comments:

Farid Abu Talib said...

melihat riak wajah kamu teringat zaman kita membesar. berjumpa disekolah, belajar disekolah, mengenyit mata disekolah, merajuk dibawah meja pun disekolah akhirnya hilang entah kemana. dunia maya ini merapatkan 'keramaian' kita. dunia maya ini wajib kita rayakan. dunia maya ini milik anak semua bangsa.

Farid Abu Talib said...

kata yang tertinggal ' selamat kembali bekerja'

raisadora said...

farid, kita dah separuh dari 50... Kita dah tak lagi pakai pakaian seragam putih berlencanakan kemegahan sekolah... Kita dah tak dapat lagi makan keropok 10sen yang sedap diluar kawasan sekolah sambil ketawa riang sementara menunggu untuk pulang... Kita dah dewasa dan keakraban kita semua sebagai sahabat memang harus dirayakan dan tak wajar dilupakan... Alhamdulillah kita semua mahu menjadi sesuatu kepada bangsa kita... :) Doa yang terbaik buat semua